12 Januari 2009

Sekapur Sirih Seulas Pinang


RESTORAN BUSSAINA


Alhamdulillah, akhirnya Blog Rasmi Restoran Bussaina telahpun menjadi kenyataan. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke laman Blog Restoran Bussaina. Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya cita- cita kami untuk menampilkan diri di persada internet menjadi realiti sudahnya! Kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami mengharapkan agar kemunculan kami di media baru ini akan menjadi wadah komunikasi berkesan di antara kami dengan anda.

Di antara menu yang kami sediakan untuk santapan dan tempahan adalah :

Menu Lauk Makanan Tengahari dan Lauk-Pauk Kampung
Ayam Goreng Berempah

Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Asam Pedas
Sayur Campur


Selain itu, kami turut menyediakan masakan-masakan panas seperti :

Nasi Goreng

Nasi Goreng Ayam

Nasi Goreng Pattaya

Mee Goreng Basah

Mihun Goreng

Tom Yam

Sup Ekor



Dan banyak lagi...


Kami akan sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik buat anda, selera anda matlamat kami....





Ikhlas dari : Habibah Rais (Pengurus Restoran Bussaina)

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah, serta tahniah Acoy ucapkan di atas kewujudan Blog Bussaina ini. Selamat maju jaya diucapkan dan pastinya didoakan agar lebih banyaklah order yang masuk lepas ini.

    Tahniah buat Induk dan Pak Induk di atas inisiatif ini.

    A C O Y

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum buat Induk dan Pak Induk,

    Tahniah diucapkan di atas kejayaan ini. Insya Allah bisnes akan jadi lebih mudah, dan pelanggan akan lebih selesa dengan paparan menarik yang ditonjolkan. Selamat majujaya.

    BalasPadam